Chaikin Money Flow (CMF)

Chaikin Money Flow (CMF) merupakan sejenis petunjuk analisa teknikal yang bertujuan untuk mengukur Money Flow Volume di dalam satu tempoh masa. Money Flow Volume (suatu konsep yang dicipta oleh Marc Chaikin) merupakan sejenis metrik yang digunakan untuk mengukur tekanan belian dan jualan untuk sesuatu sekuriti untuk satu tempoh. CMF kemudiannya akan mengira jumlah Money Flow Volume bagi tempoh yang ditentukan oleh pengguna. Sebarang tempoh pandang-belakang boleh digunakan namun tempoh penetapan yang paling popular adalah 20 hari atau 21 hari. Chaikin Money Flow's Value akan bergerak turun naik antara 1 sehingga -1. CMF boleh digunakan untuk menunjukkan perubahan untuk tekanan belian dan jualan dan CMF juga boleh membantu untuk menjangka perubahan masa depan dan secara tidak langsungnya menjangkakan peluang untuk perdagangan.

Sumber:
tradingview.com

Perkongsian

All data, analysis, information and graphics used on this site are provided by tradingview.com.
adds